Selasa, 17 Oktober 2017

Melabur Bukan Susah Pun

Melabur bukannya payah, tetapi pastikan anda tahu di mana anda laburkan.

INVESTING ISN’T TOO COMPLICATED, BUT KNOW WHAT YOU’RE INVESTING IN


Ayat di atas simple sahaja tetapi kesannya jika kita tidak ambil peduli ialah kerugian dalam pelaburan.


Pastikan kita melabur dalam pelaburan yang sah, bukannya skim cepat kaya dan sekarang viral dengan pelaburan Bitcoin dan Ethereum.


Bitcoin mungkin betul adalah matawang digital, tetapi melabur dengan skim Bitcoin yang menjanjikan keuntungan bulanan merupakan satu Scam dan kepada yang terlibat tunggulah saat kerugian anda.


Skim seperti ini mungkin akan lingkup bila tiba masanya, jika anda adalah salah seorang penganjur skim-skim ini, lebih baik "tarik hand brake" sekarang sebelum tangan anda di gari oleh abang Polis nanti.


Jangan kata saya tak pesan.


Itu sahaja untuk malam ini.

Selamat Malam.


21700 Kuala Berang
Penyu Rich.