Rabu, 2 Disember 2015

Adakah MKLAND berpotensi naik kembali

Hari ini harga MKLAND  41 sen seunit. Adakah ia mampu naik kembali keparas 51 seperti yang berlaku pada hari itu?
.
Tunggu dan lihat.
siapa yang berminat boleh cuba riki-riki. haha. buy at your own risk.

Selasa, 18 Ogos 2015

Tahukah anda apa maksud Return On Equity - ROE

Return on Equity ialah keuntungan bersih yang dijanakan oleh Syarikat dibahagikan secara peratus kepada Equity Pemegang Saham. ( Faham tak ?)

Baik saya berikan contoh :-

Ada dua buah Syarikat Syarikat Ali dan Syarikat Umar


Equity Syarikat Ali ialah RM100,000 (Seratus Ribu Ringgit)
Equity Syarikat Umar juga RM100,000 (seratus Ribu Ringgit)

Keuntungan bersih yang dicatatkan oleh syarikat Ali dan Umar pada tahun 2015 masing ialah :-

Syarikat Ali untung bersih : RM25,000
Syarikat Umar pula untung bersih : RM80,000


Jadi ROE (Return On Equity) Syarikat Ali ialah sebagaimana pengiraan berikut :-

25,000 / 100,000 x 100 = 25 %

Maka ROE Syarikat Ali ialah : 25%


Manakala Syarikat Umar pula ROE adalah sebagaimana berikut :-

80,000 / 100,000 x 100 = 80%

Maka ROE Syarikat Umar adalah : 80%


Jika diberi pilihan diantara Syarikat Ali dan Syarikat Umar, sudah pasti saya akan membeli saham daripada Syarikat Umar.

Sekiranya anda ingin mendapatkan saham yang boleh memberikan Dividen Tetap kepada anda jangan lupa klik disini 


Untuk faham lebih lanjut berkenaan ROE sila tonton video dibawah :




Rabu, 8 Julai 2015

Tip Saham


#TipssahamJangan cuba ramalkan ekonomi dan pasarankerana tiada siapa yang yang dapat meramalkannya.
Posted by Tips Pelaburan Saham di Bursa Malaysia on Tuesday, 27 January 2015

Selasa, 26 Mei 2015

Bagaimana mendaftar akaun Cds

CDs ialah singkatan daripada Central Depository System, ianya berfungsi seperti akaun bank biasa anda dibank-bank,

untuk membeli sesuatu saham anda perlu memiliki sekurang-kurangnya satu akaun daripada mana-mana bank pelaburan yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Tanpa akaun ini anda tidak dapat membeli saham dan menjualnya.

Kalau ada orang cakap berdegar-degar pasal saham. Cuba tanya dia dah buka akaun CDS ke belum. Kalau dia jawab "cds tu apa?", atau "CD  lagu ke?" atau "belum buka lagi". 

Saya nasihatkan anda supaya angkat kaki dengan segera, kot-kot dia nak jual saham pak man telo atau skim cepat kayap kepada anda.(sembang je lebih)

akaun CDs
Platform Online itrade Cimb


So sekarang macam mana nak buka akaun CDs tu?
Bagaimana buka akaun CDs?

Caranya begini, hubungi mana-mana broker yang mewakili investment bank ditempat anda

Seperti Cimb investment, maybank investment, rhb investment, bimb investment atau Malacca Securities.

beritahu kepada broker atau remiser tersebut anda mahu mendaftar akaun CDS.

Broker atau remiser dengan senang hatinya akan mendaftarkan akaun anda di bank pelaburan mereka. (kenapa senang hati?, kalau nak tahu sila download Tips saya dalam page ini)

kebiasaannya yuran pendaftaran sebanyak RM10 (SEPULUH RINGGIT SAHAJA) akan dikenakan, adakalanya percuma sahaja.

Macam saya semasa hendak buka akaun CDS dulu  di RHB, Bank broker tu cakap "adik kebetulan bank kami buat promosi pendaftaran percuma, jadi adik tak perlu bayar yuran pendaftaran". 

Wau ! langkah kanan aku hari tu, dah jimat 10 hinggit.

Akaun CDs
Platform online Rhb Investment

Semasa mendaftar anda akan diminta mengisi dan menandatangan beberapa borang. 

Banyak juga tu, jangan panik, baca semua yang anda sanggup baca dan tandatangan borang yang anda patut tandatangan.

Aku nasihatkan, semasa isi borang minta dengan broker supaya akaun yang dibuka adalah akaun islamik, patuh syariah. 

Dengan akaun ini hanya saham yang patuh syariah sahaja yang dapat anda beli. 
Ia lebih selamat kerana jika kita tersilap pilih kaunter yang tidak patuh Syariah. 

Sistem akan reject awal-awal lagi so takde la risiko terbeli kaunter Haram huhu.


Nombor akaun simpanan atau semasa bank anda juga akan diminta semasa pendaftaran nanti, jadi sila bawa satu salinan penyata bank anda, 

Ini kerana akaun itulah juga akan menjadi tempat menerima keuntungan pelaburan anda nanti, jika anda membeli kaunter yang memberikan dividen dan bonus. 

Semua keuntungan (dividen dan bonus) tersebut akan dikreditkan terus kedalam akaun yang ada berikan semasa pendaftaran ini.

Selain itu, bawa juga

a)satu salinan kad pengenalan anda,
b)satu salinan penyata gaji anda (jika anda bekerja makan gaji)
c)juga penyata bank seperti saya sebutkan diatas
d)Duit RM10.60

kerana dokumen-dokumen ini diperlukan semasa pendaftaran.

selepas semua selesai

tunggu selama 2 atau 3 hari bekerja, selepas itu broker akan hubungi anda dan memberikan no akaun CDs. sekarang dah boleh la anda trading mana-mana saham yang anda minati.

Sekarang ini, Hampir semua bank investment mempunyai platform online yang membolehkan anda buat transaksi jual beli secara online.

Platform tersebut disediakan secara percuma kepada pelanggan mereka.

Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, anda boleh mendaftar secara online sahaja melalui link di sini >> https://www.rakutentrade.my/device/accountopening?referralcode=236aXUNQRZ&mode=web <<

Tradesmart RHB

untuk mengetahui bagaimana cara membeli kaunter saham yang berpotensi jangan lupa untuk baca artikel-artikel aku yang lepas-lepas dan akan datang kerana aku akan beritahu disini sahaja.


Melainkan korang follow group telegram aku ni https://telegram.me/untongsaham.

Itu sahaja untuk kali ini daripada aku,
selamat bertrading.

Kalau untung tu jangan lupa bersedekah kepada yang memerlukan.
Bagi orang Islam Zakat Jangan Lupa. Itulah punca keuntungan kita

PenyuRich.

Selasa, 12 Mei 2015

Kuasa Saham

Tahukah anda bahawa pemegang saham mempunyai kuasa, baca kisah dibawah untuk kita memahaminya 

Serangan Subuh 1981

Serangan Subuh atau 'Dawn Raid' pada tahun 1981, boleh dianggap sebagai kemerdekaan Malaysia dari segi ekonomi. Walaupun negara sudah merdeka sejak tahun 1957, tetapi dari segi ekonomi kita masih belum Merdeka sepenuhnya daripada British.

Melalui syarikat milik British, mereka terus menjajah dan memerah hasil bumi negara kita. Hasil bumi negara kita, tetapi kekayaannya diisap oleh British. Syarikat British seperti Guthrie terus melebarkan keluasan ladang mereka sehingga mencecah 200,000 ekar pada tahun 1981 berbanding 175,000 ekar pada tahun 1970-an.

Usaha mengambil alih segala hasil bumi dan kekayaan negara yang dimiliki orang asing ini adalah hasil usaha sejak zaman Tun Abdul Razak lagi sebelum ia terus dilaksanakan pada awal pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Ketika Serangan Subuh, Tun Dr. Mahathir baru sahaja 2 bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pengambil alihan Guthrie ini juga dilihat penting dan mendesak kerana diwaktu itu ada usaha daripada sebuah gabungan koperasi hartawan cina di Malaysia iaitu syarikat MPH. Pada waktu itu pun MPH sudah mula membeli beberapa kepentingan di dalam Guthrie. Serta usaha giat daripada hartawan cina lain yang cuba membeli tanah-tanah yang dimiliki British.

Pada waktu itu syarikat Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sudah memiliki 25% saham di dalam Guthrie. Jadi untuk menjayakan Serangan Subuh ini PNB hanya perlukan 15% sahaja lagi.

Sebelum itu cubaan pertama mengambil alih Guthrie gagal, disebabkan ada sedikit masalah teknikal serta harga saham Guthrie yang mahal diwaktu itu.

Setahun kemudian, perancangan yang lebih rapi dibuat. Pada waktu itu Tun Dr. Mahathir masih lagi menjadi Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh pula sebagai Menteri Kewangan telah dimaklumkan akan rancangan ini oleh perancang utama Serangan Subuh iaitu Tun Ismail Mohamed Ali, Pengerusi PNB pada ketika itu.
tun%2Bismail%2Bmohamed%2Bali

Tun Ismail Mohamed Ali, adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Berkhidmat dari 26 Julai 1962 sehingga 26 julai 1980. Juga merupakan Gabenor BNM melayu yang pertama. Beliau juga adalah abang ipar kepada Tun Dr. Mahathir.

Salah seorang lagi tokoh yang bekerja keras di dalam Operasi Serangan Subuh ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pengurus pelaburan PNB pada ketika itu. Tan Sri Khalid dipilih mungkin disebabkan pengalaman beliau yang pernah bekerja dengan Barings London, merupakan syarikat  yang menjadi penasihat kewangan kepada Guthrie.

Ada satu lagi pihak yang juga turut terlibat di dalam serangan ini iaitu, N.M. Rothschild & Sons LtdJohn McDonald (Jock) GREEN-ARMYTAGE adalah wakil daripada Rothschild untuk mengatur strategi menawan Guthrie.

Satu lagi pihak yang terlibat dalam menjayakan Serangan Subuh ini adalah Rowe & Pittman.

untuk melaksanakan pengambilalihan saham ini juga memerlukan modal yang cukup besar. Dana yang besar ini datangnya daripada Petrons, PERNAS dan juga Skim Amanah Saham Nasional (ASN).

Hari Serangan Subuh (Dawn Raid)

Serangan Subuh di tetapkan pada 7 September 1981, pukul 9.00 pagi (waktu London) iaitu pukul 4.00 petang waktu Malaysia.

Rancangannya adalah untuk mendapatkan persetujuan penjual-penjual saham sebelum bursa saham London dibuka.
london%2Bstock%2Bexchange

Namum begitu rancangan ini perlu dilakukan secara rahsia. Sebab itu rancangan ini dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil. Supaya maklumatnya tidak bocor kepada pihak British atau Guthrie khususnya. Ianya adalah serangan hendap ke atas Guthrie.

Jika rancangan ini dihebohkan, harga saham Guthrie akan menjadi tinggi dan sudah semestinya pihak pengurusan Guthrie akan bertindak mengagalkan rancangan ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim ditugaskan mengurus urusan pembelian di Malaysia, pemilik saham disini ialah Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group. Urusan pembelian saham Guthrie di dalam negara tiada masalah yang besar kerana semua pemilik saham adalah 'mesra' dengan PNB.

Tun Ismail Mohamed Ali pula mengurus pembelian saham di Singapura daripada pihak OCBC. Di London, pula urusan membeli saham diuruskan oleh broker Rowe & Pittman serta Rothschilds.

Berita buruk dari Singapura apabila OCBC tidak bersetuju menjual saham mereka kepada PNB. Namum Serangan Subuh harus diteruskan kerana PNB sudah memiliki saham daripada Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group.

Di London, urusan pembelian saham berjalan lancar, Rothschilds telah berjaya memujuk M&G Investment Trust menjual 11% saham Guthrie kepada PNB. Manakala Rowe & Pittman pula bertindak membeli saham daripada pelabur-pelabur kecil dan berjaya mengumpul 5% saham daripada orang British.

dawn%2Braid%2Bglasgow%2Bherald%2B1981_2
Sumber.

Akhirnya dalam masa kurang 4 jam, PNB telah memiliki 50.41% saham di dalam Guthrie walaupun tanpa saham yang dimiliki OCBC. Ia berjaya dilaksanakan tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie. Jadi, Guthrie kini telah menjadi milik Malaysia. Pengambilalihan ini juga telah mengembalikan kira-kira 200,000 ekar tanah ladang kepada rakyat Malaysia.

Serangan Susulan Selepas Serangan Subuh.

Serangan ini juga telah menjatuhkan air muka British, selepas lompang pada sistem bursa London telah dieksploitasi oleh bekas tanah jajahannya sendiri. Selepas tragedi ini, Bursa London telah dipinda peraturannya bagi menjaga syarikat-syarikat milik British tidak jatuh ke tangan orang lain.

Sebulan selepas Serangan Subuh, London dikejutkan sekali lagi oleh Tun Dr. Mahathir. Tun M telah mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkhidmatan British dalam kempen yang diberi nama 'Buy British Last'.

Kontrak Dunlop yang membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 dibatalkan dan diberikan kepada sebuah syarikat U.S.A. sehingga mengakibatkan Dunlop bertindak menjual kepentingannya kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, semua saham-saham Guthrie telah dijual kepada PNB secara perlahan-lahan. Dan penghujung tahun 1981, Guthrie telah berpindah milik 100% kepada PNB.

Ibu pejabat operasi Guthrie telah dipindahkan daripada London ke Kuala Lumpur. dan Tun Ismail Mohamed Ali telah mengambil alih pengurusan Guthrie. 

Tun Dr. Mahatihr juga telah memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel. Dari sinilah juga bermulanya 'Dasar Pandang ke Timur'.

Untung Besar Hasil Serangan

Selepas Guthrie, tiga lagi syarikat perladangan British yang besar di Malaysia telah menjual kepentingan kepada PNB iaitu Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C).

H&C memiliki ladang yang cukup banyak, bukan sahaja di Malaysia malah juga dibeberapa negara lain seperti India, New Zealand dan Taiwan. Jadinya PNB telah menjadi tuan tanah kepada aset-aset British yang berada di seluruh dunia. Dan menjadi pemilik ladang terbesar di dunia.

Menurut Tan Sri Khalid,"..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma." Setelah PNB menjual aset Guthrie yang berada di luar Malaysia, keuntungannya jauh lebih besar berbanding kos modal yang digunakan semasa Serangan Subuh. - Kredit kepada bloggerlelaki.com 

Khamis, 2 April 2015

Macam Mana Nak Melabur Saham

Sila Buka Akaun CDS Dahulu Sebelum Melabur

Hari ini saya dihubungi kawan Rapat semasa belajar dah lama kami tidak berhubung.
Dia bertanyakan tentang macam mana nak melabur saham.

Respon saya mudah sahaja.

BUKA AKAUN CDS DAHULU BARU BOLEH CAKAP PASAL MELABUR

Berkenaan pasal CDs akaun pula saya telah jelaskan dalam pos saya disini
Jadi jika anda betul-betul berminat mahu melangkah ke alam kekayaan cepat-cepat buka akaun ini dan tambahkan ilmu pelaburan anda, saya ulang TAMBAHKAN ILMU PELABURAN ANDA!

PenyuRich.
21700 Terengganu.

Selasa, 31 Mac 2015

Tip cukai - Aktiviti pelaburan vs GST


Apabila kita melakukan aktiviti pelaburan, adakah kita turut terkena kesan GST?
Jawapannya sudah disediakan oleh individu berpengalaman ini.
Dr. Choong Kwai Faat merupakan salah seorang individu yang dikenali sebagai pakar dan berpengalaman, dalam industri percukaian di Malaysia.
Menurut beliau, aktiviti pelaburan yang membantu kita menjana pendapatan tidak akan dikenakan GST (Good Service Tax) yang akan berkuat kuasa pada bulan April 2014.
Apakah logiknya?
===
3 Info apabila kita melakukan aktiviti pelaburan.
===
1) Aktiviti pelaburan berbeza dengan aktiviti perniagaan.
2) Apabila aktiviti pelaburan memperoleh keuntungan, GST tidak akan dikenakan pada aktiviti itu.
3) Aktiviti pelaburan adalah åntara pilihan terbaik bagi memperoleh keuntungan, dan dalam masa sama mempunyai kelebihan dari sudut percukaian.

Mahu jimat bayar cukai???!!!  sila baca pos saya sebelum ini di sini.

Cara Jimat Bayar Cukai

Cara Jimat Bayar Cukai

✓ Anda BERNIAGA?
✓ ADA MASALAH nak isytiharkan cukai pendapatan pada bulan Jun nanti? 
✓ Anda TIDAK TAHU atau TIDAK PERNAH taksirkan cukai?
TIDAK MAHU bayar cukai banyak-banyak?
Hanya baca ebook Bayar Cukai Untung Pakai dan praktikan dalam perancangan cukai anda, saya pasti anda tiada masalah lagi tentang cukai malah dapat jimatkan ribuan ringgit.
Apa yang special sangat?
================
[1] ebook Cukai yang pertama dalam pasaran dan niche kepada perniaga enterprise.
[2] Kebanyakan buku cukai di luar sana berharga RM70 ke atas. ebook ini hanya RM47.
[3] Mengandungi 12 contoh dan 4 senario biasa, yang boleh jadi panduan langkah penjimatan.
[4] Resit pembelian ebook ini akan diberikan untuk anda tolak cukai.
Apa kata pembaca ebook ini?
================
Info berkenaan cukai dan jalan penyelesaian amat jelas diterangkan. Cara pengiraan bercukai juga ditunjukkan jalan kira. - Faiz Mansor Shah
Selesai baca ebook ini, sekaligus menjelaskan kekeliruan, risiko, baik, buruk enterprise. Saya bermula dengan kecil dan ramai kawan dimomokan atau ditakukan dengan isu enterprise, sebab kurangnya perkongsian pengetahuan cukai. Ebook ni sangat 'rare' dalam pasaran. -Muddathsir Abdullah
Jaminan 7 hari wang dikembalikan. Hanya maklumkan kepada kami dan kami akan pulangkan wang anda segera tanpa banyak soal. Dan anda boleh simpan ebook tersebut.
Mahu download ebook ini?
================
★ Bertindak segera. Untuk masa terhad, setiap pembelian ebook ini akan disertakan 2 bonus panduan tentang cukai Malaysia.
[e-Booklet Ketetapan Umum LHDNM yang terkini]
★ Tawaran sah sehingga [7 April 2015]
★ Sila buat tempahan di http://www.cukai.ebookduit.com/hop.php?ref=jmtcukai



Selasa, 17 Mac 2015

Jika Anda Membeli Ladang

Saya nak tanya. Jika anda membeli ladang.

Adakah anda lihat ladang anda setiap hari atau adakah anda akan check harganya setiap hari.
Sudah tentu tidak bukan.

Begitu juga dengan saham yang berFotensi (sengaja tulis dengan F hehe.), kita tak perlu tengok hari-hari.

Cuma kita perlu pantau setiap suku tahunan, atau setiap kali ada announcement kat Bursa Saham Malaysia.

Jika demikian boleh kita tumpu kepada Bisnes kita, dan kerja kita seharian. Kan syok melabur saham kalau begitu caranya.


Isnin, 16 Mac 2015

Pesanan Tok Guru Kepada Eja


Pesan-memesan begini juga merupakan satu bentuk saham, iaitu Saham Akhirat.
Alangkah beruntungnya Tuan Guru.


Semoga Allah tempatkan beliau di Kalangan Para Anbiya dan Solehin.

Memahami Saham dengan Teknik Fundamental

Baru-baru ini saya menghadiri Kelas Pelabur Saham di PKNS Biz Point Shah Alam yang dianjurkan oleh Tuan Zayed Zulkifli.

Saya dari Terengganu terpaksa naik Kapal Terbang untuk hadir ke kelas ini. Walaupun penat tapi berbaloi.

Kelas bermula pada 8:30 pagi dan berakhir 2:00 petang, antara tajuk yang dikupas dalam Bengkel ini ialah berkenaan kaedah Penilaian sesuatu saham berkualiti.

Saham Fundamental

Saya belajar selok belok bahasa kewangan, bagaimana membaca laporan syarikat dan paling penting ialah bagaimana mengira INTRINSIC VALUE sesuatu saham dijelaskan dalam bengkel ini dengan terperinci.

Bagi pelabur yang ingin melabur berasaskan value, growth atau dividend, saya cadangkan Bengkel Saham Tuan ZaYed Zulfikli, Sesuai untuk semua pelabur fundamental.

Alhamdulillah apabila selesai sahaja bengkel ini, baru jelas dan terang dimata saya kenapa kita sebagai PELABUR mesti hadam dan faham data-data penting saham.

Data-data tersebut dapat kita akses dan capai di Bursa Malaysia.


Baik !! Jika anda ingin menjadi seorang pelabur yang berjaya, saya SYORKAN anda hadir bengkel saham ini,

Dapatkan update terbaharu daripada Facebook ini  :)


p/s : Post ini saya tulis sebagai ucapan terima kasih kepada Tuan Zayed  atas perkongsian ilmu yang amat bermakna ini. Alangkah seronoknya jika rakyat malaysia semua sedar tentang potensi pelaburan saham.

Selasa, 10 Mac 2015

Apa maksud Altman Z Score

Elakkan membeli Syarikat Bangkrap

Sebelum membuat keputusan untuk mengkaji lebih lanjut berkenaan satu-satu Saham, kita hendaklah memeriksa syarikat tersebut adakah ianya berpotensi untuk bangkrap dalam masa beberapa tahun dari sekarang atau tidak.

Saham Fundamental

Indikator untuk menilai saham tersebut  ialah dengan merujuk kepada  ALTMAN-Z SCORE yang telah diasaskan oleh Edward L Altman,
The Z-score formula for predicting bankruptcy was published in 1968 by Edward I. Altman, who was, at the time, an Assistant Professor of Finance at New York University

Di Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai Score ini anda boleh rujuk buku Stock Performance Guide sebagaimana yang saya telah jelaskan dahulu bahawa pentingnya memiliki buku ini untuk melabur saham.
Stock Performance Guide

Score untuk dihayati :) oleh kita adalah sebagaimana berikut :-

Stock Performance Guide
Credit to http://www.investmentmalaysia.org/2013/09/how-to-detect-bankruptcy/


Ingat untuk pelabur saham sahaja, untuk orang yang berjudi di Bursa Malaysia atau Pemain Saham (Speculator) anda tak perlu kepada buku ini.

Sebab anda bukan baca pun, hehe,


Dapatkan Tips-tips Saham seterusnya dengan mendaftarkan email anda melalui link ini.
Juga kami berikan kepada anda ebook ringkas khas untuk anda sebagai panduan pertama dalam pelaburan.

Ahad, 1 Mac 2015

Indikator Dalam Penilaian Saham - Untuk Pemain.

Indikator utama untuk pemain saham sebelum membeli saham ialah Volume.

Indikator pertama ialah Volume


Warna hijau menunjukkan Volume orang yang membeli saham lebih banyak daripada orang yang menjual.

Manakala merah menunjukkan orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli.

Dengan hanya melihat kepada volume belum cukup untuk anda sebagai Pemain saham untuk membeli dan menjual saham.

Dapatkan indikator-indikator seterusnya dengan mendaftarkan email anda melalui link ini.
Juga kami berikan kepada anda ebook ringkas khas untuk anda sebagai panduan pertama dalam pelaburan.

Isnin, 23 Februari 2015

Sediakan Simpanan untuk 6 Bulan Perbelanjaan Rumah Kita Sebelum Melabur

Dapatkan kira-kira perbelanjaan rumah kita sebulan dan kemudian darabkan dengan 6,

Jumlah itu perlu kita simpan di akaun yang mudah dicairkan jika ada kecemasan.

Contoh perbelanjaan Tuan Umar seperti dibawah :-

3.            
Jadi     Umar perlu ada simpanan RM4575 X 6 = RM27,450. Sebelum dia mula melabur dalam saham dia perlu pastikan RM27,450 berada dalam simpanan selamat beliau, tidak kira samaa da Tabung Haji atau Fixed Deposit di bank atau simpanan ASB. Selepas itu lebihan daripada itu barulah dia patut laburkan dalam Saham di Bursa Malaysia. Tujuannya ialah untuk mengelakkan Tuan Umar daripada menjual sahamnya sebelum saham tersebut mencatatkan keuntungan akibat daripada masalah kewangan. andai berlaku perkara-perkara luar jangka











Rabu, 4 Februari 2015

Anda perlu ada 2 buku ini sebelum melabur saham.

Andai kita membeli peralatan elektrik, ada bersama dengan peralatan tersebut Manual pengguna sebagai rujukan dan panduan untuk kita. Tujuan manual tersebut adalah memberi tunjuk ajar kepada kita tentang kegunaan alat tersebut.

Begitu juga dengan pelaburan saham.

Sebelum melabur, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya dua buku ini sebagai rujukan dan pembacaan.

Pertama ialah : Stock Performance Guide (telah dihentikan pengeluaran oleh penerbit)

Buku ini menyenaraikan kesemua Syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.


Kandungan buku ini memaparkan laporan berkenaan beberapa perkara iaitu :-


Salah satu syarikat di Bursa Malaysia

  1. Pendapatan dan dividen semua syarikat
  2. Harga saham syarikat selama 4 tahun
  3. Laporan 10 tahun kebelakang kadar harga, pendapatan sesaham iaitu earning per share (EPS)
  4. Dividend per share (DPS),
  5. Dividend yield (DY)
  6. Price earning ratios (PER)
Semua perkara ini adalah elemen penting untuk menilai sesuatu saham tersebut adakah berkualiti atau tidak.


Selepas kita membaca buku ini, Step seterusnya ialah kita selidiki laporan kewangan syarikat.

InsyaAllah saya akan jelaskan satu persatu berkenaan perkara/elemen diatas, di dalam Blog ini pada post yang akan datang.


Untuk buku kedua ialah, The Intelligent Investor 

Buku kedua patut anda miliki
Buku karangan Benjamin Graham ini merupakan antara rujukan utama kepada pelabur saham, 


Benjamin Graham adalah pelopor dalam memperkenalkan 'Value Investing'. Beliau merupakan guru kepada Pelabur terkenal dunia yang juga adalah orang kedua terkaya di dunia pada ketika ini iaitu Warren Buffett.

Saya sarankan anda membaca buku ini terutamanya Chapter 8 dan Chapter 20.

Beliau ada membezakan antara Pelabur (Investor) dengan Pemain (Spekulator). Yang saya sifatkan sebagai Pelabur saham dengan Pemain saham dalam email saya sebelum ini.

Saya menjemput pembaca sekalian mendaftar sebagai Subscriber blog ini untuk mendapat maklumat terkini daripada saya berkenaan Pelaburan saham.


Daftarkan email anda di sini.


Ikhlas, 
Fikh




Selasa, 3 Februari 2015

Kuasa Compound Interest

Compound Interest adalah kuasa yang amat menakjubkan kerana ia dapat menggandakan wang kita dalam jangkamasa yang lama.


Lihat rajah di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas,


Jika kita menyimpan RM10,000 (sepuluh ribu ringgit) pada hari ini dengan pulangan 15 peratus setahun
BILANGAN TAHUN
SIMPANAN TERKUMPUL
BILANGAN TAHUN
SIMPANAN TERKUMPUL
1
10,000
9
30590
2
11500
10
35178
3
13225
11
40454
4
15208
12
46522
5
17490
13
53501
6
20113
14
61526
7
23130
15
70755
8
26600


Lihat !!! daripada RM10,000, duit kita beranak menjadi RM70,755 dalam masa 15 tahun.

Setakat ini di Malaysia, tiada pelaburan Portfolio yang boleh memberikan Pulangan lebih 15 peratus setahun melainkan Pelaburan Saham

Jadi, sekiranya kita PANDAI dan BerILMU dalam memilih kaunter saham, sudah tentu kita akan berjaya capai Lebih daripada 15 % setahun, InsyaAllah.




Video di bawah menceritakan tentang kuasa Compound Interest



Jadi  tambahkan ilmu dan banyakkan pembacaan. Anda boleh membaca buku ini sebagai panduan sebelum melabur.



Ikhlas, 
Fikh



Isnin, 2 Februari 2015

Apa maksud Price to Earning Ratio


Terlanjur saya telah sebutkan dalam email terdahulu berkenaan Price To Earning Ratio (P/E), jadi pada hari ini saya akan huraikan secara ringkas tentang perkara ini,


Sepatutnya perkara ini diterangkan selepas anda semua mengetahui maksud Earning Per Share,

Namun kerana janji, saya akan huraikan terlebih dahulu berkenaan P/E


Price to Earning Ratio digunakan untuk menilai berapakah harga pelabur saham sanggup bayar untuk saham ini berbanding dengan pendapatan syarikat.

Suka saya jelaskan dengan membuat perbandingan :-

           Katakan Ali dan Umar berniaga aiskrim, Ali mendapat untung RM200, manakala Umar mendapat untung RM500. Jadi Earning Per Share ialah (keuntungan dibahagi kepada jumlah unit saham)


Ali
Umar
Bilangan Saham
100 unit
100 unit
Keuntungan
RM200
RM500
Earning Per Share (EPS)
2
5


Baik!!!! dah faham ke maklumat kat atas tu, kalau tak faham tak pe, boleh tanya nanti.

Sekarang Saham Syarikat Ali dan Syarikat Umar kedua-duanya dijual pada harga RM18 seunit

untuk pengiraan P/E nya lihat rajah di bawah:-



Ali
Umar
Harga Saham
RM15
RM15
Earning Per Share (EPS)
2
5
P/E
7.5
3


Jadi Price to Earning Ratio Syarikat Ali lebih tinggi daripada Syarikat Umar


Semakin rendah P/E semakin bagus harga Saham Syarikat tersebut.


Jika diberi pilihan diantara Syarikat Ali dengan Syarikat Umar sudah tentu saya akan membeli Saham Syarikat Umar kerana PE nya rendah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya menjemput pembaca sekalian mendaftar sebagai Subscriber blog ini untuk mendapat maklumat terkini daripada saya berkenaan Pelaburan saham.


Daftarkan email anda di sini. 


Blog ini menjana pendapatan melalui iklan seperti dibawah, setiap klik akan memberikan income kepada Penulis untuk terus bersemangat menerbitkan lagi bahan bermanfaat kepada pembaca,


Terima kasih atas sokongan anda.