Isnin, 2 Februari 2015

Perbezaan Diantara PELABUR dengan PEMAIN saham

Perbezaan diantara dua golongan ini amat penting untuk kita ketahui.


Pertama : Pelabur = Investor


Mereka membeli saham berdasarkan penilaian asas (fundamental) terhadap sebuah syarikat,
keuntungan syarikat, aliran tunai, Return on equity, Earning pershare dan Price to earning ratio adalah antara elemen penting yang dititikberatkan dalam pemilihan kaunter.

Pelabur ini ketika membeli saham tidak melihat kepada harga sesebuah saham itu dahulu tetapi lebih mengutamakan potensi syarikat itu.


Kedua : Pemain Saham : Trader

Mereka membeli berdasarkan pertimbangan sentimen dan (trend) pergerakan saham, membeli dengan harga murah dan menjual dengan harga yang tinggi, bagi mereka yang mendapat maklumat daripada orang dalam.
serta pemberitahuan tentang berita postif tentang syarikat menjadi satu sebab mereka membeli

Dan sebaik sahaja saham tersebut naik beberapa peratus mereka akan menjual saham tersebut untuk mendapatkan keuntungan menyebabkan harganya jatuh,


Siapa paling untung?

Dalam jangka masa yang pendek sudah tentu PEMAIN saham akan mencatatkan keuntungan.

Tetapi dalam Masa yang panjang PELABUR saham akan menjana pendapatan yang konsisten hasil daripada dividen dan kenaikan harga saham syarikat, kerana syarikat yang kukuh sudah tentu akan berkembang dan menjana keuntungan.

Benjamin Graham ada menjelaskan ciri-ciri pelabur saham di dalam bukunya sebagaimana saya telah coretkan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan